Wednesday

StoRy PasaL KuIH raya PLak~


Wednesday
Salam..

Arini dah masuk hari ke 24 kita berpuasa. Ya Allah, cepat tol masa berlalukan? Pejam celik dah masuk minggu akhir dah kita berpuasa.

Malam tadi start projek mengukis.*wat kuih raya*.. tak tenteram nak wat kuih bila ada baby ni. Huhu~~ kejap2 kene berhenti bagi susu kat dak montel tu. Hehe~ tapi akhirnye berjaya gak menyiapkan kuih tu walaupun bermacam2 halangan. Alhamdulillah.

Malam ni plan nak wat kuih raya lagi gak. Masa semakin suntuk ni. Baru 1 jenis kuih je siap. Nampaknye leh wat 2 jenis lagi jela. Biasa aku akan wat untuk bagi kat mak aku, mak mentua. Maknanye kene double adunan setiap kuih. Setakat ni aku xpenah beli kuih raya kat orang. Kalau belipon cuma kerepek2 & tart nenas jek. Reasonnye, leh jimat. Memang dari kecik mak aku akan bagi tugas seorang wat 1 jenis kuih raya. Mak aku pon xpenah beli kuih raya walaupun kerepek2. Semua wat sendiri jek. Kalau di pikirkan balik, bagus juga wat sendiri kuih raya ni. Orang makan air tangan kita. Kalau diorang cakap sedap, bangga je rasa.hehe~

Tiap tahun aku akan wat biskut almond London. Resepi yang biasa aku wat dah hilang. So, aku try resepi dari myresepi ni. mmg menjadi. Korang tryla k. ni resepinye.



BISKUT ALMOND LONDON

Sumber : myresepi- Mama kastam tioman

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

  • 250 gm butter
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
  • 4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
  4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
  5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
  6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
  7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
  8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap

2 comments:

cahaya mata said...

i love almond london!! tq 4da recipe..follow n comment me back. =)

sweet_pinky86 said...

tq cahaya mata..mmg sdp almond london.ok.will followu back