Thursday

CutI RaYA~


Thursday
Salam..

Mendung jek arini. Sure nak ujan lebat kan? Aku suka cuaca mendung awan kelabu jek. Redup je di tambah ngan angin sejuknye. Rasa nak terlompat2. hehe~

Sape dah apply cuti raya? Confirm semua dah submit leave form tu awal2 puasa lagikan? Ataupun sebelum puasa dah submit? Ala,ngaku jela. Hihi ;)
Aku submit leave form tu last week. Minggu ke-3 berpuasa. Staff Melayu kat office aku ni Cuma 5 ketul jek. Sikit kan? Rasanye xde masalah nak mintak cuti lelama kot. Camne la ek kalaun office yang besar & staffnye yang ramai. Mesti susah nak dapat cuti lama2.**memandai jek aku ni**

Tahun ni beraya kat belah aku..horeyyy!!tapi raya kedua dah balik belah incik suami. Kitorang guna system giliran. Adil & saksama supaya xgaduh2. syoknyela cuti deret seminggu. Dapat spend time ngan dak montel tu. Tahun ni dapat kutip duit raya untuk dia. Pastu mak paknye pinjam leh??hehe~



0 comments

Wednesday

StoRy PasaL KuIH raya PLak~


Wednesday
Salam..

Arini dah masuk hari ke 24 kita berpuasa. Ya Allah, cepat tol masa berlalukan? Pejam celik dah masuk minggu akhir dah kita berpuasa.

Malam tadi start projek mengukis.*wat kuih raya*.. tak tenteram nak wat kuih bila ada baby ni. Huhu~~ kejap2 kene berhenti bagi susu kat dak montel tu. Hehe~ tapi akhirnye berjaya gak menyiapkan kuih tu walaupun bermacam2 halangan. Alhamdulillah.

Malam ni plan nak wat kuih raya lagi gak. Masa semakin suntuk ni. Baru 1 jenis kuih je siap. Nampaknye leh wat 2 jenis lagi jela. Biasa aku akan wat untuk bagi kat mak aku, mak mentua. Maknanye kene double adunan setiap kuih. Setakat ni aku xpenah beli kuih raya kat orang. Kalau belipon cuma kerepek2 & tart nenas jek. Reasonnye, leh jimat. Memang dari kecik mak aku akan bagi tugas seorang wat 1 jenis kuih raya. Mak aku pon xpenah beli kuih raya walaupun kerepek2. Semua wat sendiri jek. Kalau di pikirkan balik, bagus juga wat sendiri kuih raya ni. Orang makan air tangan kita. Kalau diorang cakap sedap, bangga je rasa.hehe~

Tiap tahun aku akan wat biskut almond London. Resepi yang biasa aku wat dah hilang. So, aku try resepi dari myresepi ni. mmg menjadi. Korang tryla k. ni resepinye.



BISKUT ALMOND LONDON

Sumber : myresepi- Mama kastam tioman

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

  • 250 gm butter
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
  • 4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
  4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
  5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
  6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
  7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
  8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap

2 comments

Tuesday

ShoPPing RAYA lagi~`


Tuesday
Salam..

Story pasal shopping raya lagi leh? Mestila leh..hehe~

Weekend baru ni kitorang g shopping baju raya budak comel tu lagi kat Parkson Subang Parade. Ramai gak orang. Macam biasa la bawa stroller untuk fareesya. Tapi xguna pon. Menyumbang kepada kesesakan. Hehe~

Puasla aku dok membelek2 baju. Tema purple ok..akhirnye dapat dress yang sangat comel by Baby Kiko. Pejam mata jela ngan harganye. Janji puas ati. Maklumla, anak ibu first time nak beraya ngan ibu & ayah. Hihi;)


 ihsan babykiko.. comelkan??

 ihsan babykiko.. puple!!


Niat nye nak beli satu je baju untuk dak kecik tu. Haritu dah 2 helai baju dah beli. Tapi tergoda gak ngan satu baju ni. So, amik jela.

Baju aku susah tol nak cari. Saiz xde..waa~~saiz aku dh ++ la.. xsangka wei. Tapi terpaksa terima hakikat..huhu~ last2 dapatla ape yang ade je. Janji puple. Hampeh~

Betul2 shopping weekend aritu. Kuar kol 12pm, balik kol 9pm.. giler!!huhu~
Aku memang weak sangat. Menyusukan anak plak tu. Rasa nak pengsan ok. Buka puasa dalam kereta jek. Kat parking Giant Stadium Shah Alam. Sebelum tu kitorang tawaf bazaar ramadhan Stadium Shah alam. Besar sangat. Xlarat aku. Incik suami dokong dak montel tu. Sakit tangan. Huhu~ Pas buka, sambung lagi shopping kat Giant tu..hihi~



1 comments

FiSIOTERapI~


Salam..

Semalam xsempat plak nak post pape kat sini. Kebizian..;)
Semalam pergi Hospital Serdang. Follow up fareesya punya fisioterapi. Hmm~mesti yg baca blog aku ni tertanya2 nape pergi fisioterapi??kan??kan??
Ok, let me story. Masa anak aku tu lahir, ada satu tanda lebam yg panjang antara pergelangan tangan & siku. Tak tau kenapa. Tangan belah kanan. Tangan tu gak kurang aktif berbanding tangan yang satu lagi. Subhanallah. Hanya tuhan yang tau perasaan aku masa tu. Luruh jantung aku bila doctor cakap diorang syak tangan tu patah. Semua doctor pakar jumpa aku terangkan situation anak aku tu. Aku xdapat tido ngan anak aku masa hari pertama aku lahirkan dia. Anak aku terus di bawa ke wad NICU. Wad ni untuk baby2 yang bermasalah. Pas 2 hari anak aku dok wad situ, anak aku kene jaundis plak. Total semua aku dok hospital pas bersalin = seminggu. Waaa~~~tension sangat dok hospital dengan keadaan kita yg lemah. Di tambah plak aku xreti menyusukan anak. Semuanya kene uruskan sendiri. Maklumlah anak first.hehe~

Incik suami tiap hari berulang alik g hospital. Kesian aku tengok dia. Tapi apakan daya. Dugaan tuhan. Redha jela. Tu jela yang aku dapat story. Hehe~~

Back to the story fareesya g fisioterapi. Alhamdulillah. Tangan dia dah ok. Aktif macam biasa. Cuma selalu kene exercise kan tangan dia tu. Syukur sangat ya Allah~

AMIN~~

Fareesya wif ayah @ fisioterapi

0 comments

Saturday

PEREbUTaN KuASA????


Saturday
Salam allz~

Pagi2 kene ceria selalukan supaya sepanjang ari mood kita ok jek. Arini dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Wah!!cepat tol masa berlalu. Korang yang gegirl gegirl tu dah cuti puasa lom??heehehe**

Aduhai..arini ada perebutan kuasa sikit antara aku ngan incik suami. Berebut nak buka puasa ngan family masing2. Maklumla, minggu ni jela,minggu last untuk buka puasa ngan orang lain. Next week memasing dah sibuk nak balik kampong. Last2 aku yang mengalah. Walau ati panas, tapi mengenangkan tahun ni beraya kat umah family aku, so aku redha jela. Padahal aku yg dah plan awal2 untuk buka puasa ngan family aku. Last minit plak dia nak buka puasa ngan family dia. Sape yang x hotkan????**hehe..emosi plak**

Hari ni plan nak buat kuih raya. Tapi xde mood. Semua gara2 perebutan kuasa tadi tula..heehe~ So, untuk mengubat luka di hati ni*cewah** nak g shopping 2 hari berturut2..huhu~

Ntah apela nak membebel hari ni yek. Cakap pasal kuih raya, aku baru wat kuih cornflakes madu warna warni. Kuih ni memang tiap tahun aku buat coz tersangatla senang. Orang kata tutup mata pon jadi.hihi~ resepinye aku amik kat myresepi. Aku suka singgah myresepi ni. Semua resepi alhamdulillah menjadi. Tapi kalau time2 puasa camni susah sikit nak masuk websitenye. Traffic jem..huhu. resepinye next time aku masuk k~~


0 comments

Friday

Shopping RAYE 2011~~


Friday
Salam semua..

Korang dah nyopping raya lom??mesti dah kan…setakat ni aku baru nyopping baju anak aku yg debab tu jek..excited sgt first time nyooping raya untuk dia..rasa mcm semua nak beli jek..tapi apakan daya,poket xberapa nak penuh..hehe~~

Aku nyopping baju anak aku kat Jusco IOI Mall,baru2 ni..Wah~~ramainye umat manusia yang nyopping..sampai bergesel badan ko..aku ni ngan stroller bagai lagila mengundang kesesakkan.huhu~~tp bukan guna pon stroller tu coz anak aku tu xsuka dok dalam tu..puasla incik suami dokong dia ke hulu ke hilir..lenguh wei tangan dokong dak kecik tu..kesian gak aku tengok incik suami..tapi apakan daya..aku hanya mampu tgk je..hehe~~seriesly aku mmg xlarat nak dokong anak aku tu…nasib baik incik suami memahami..huhu..

Setelah menjelajah 1 Jusco tu, dapatla 2 helai baju untuk anak aku & 2 helai baju untuk incik suami. Baju aku?? Yilek pocik..huhu~aku xkisah pon..xde baju raya pon xpe..**padahal dalam ati,nak itu ini**huhu~~

Baju baby memang mahal2 ek??nak2 jenama BABY KIKO, ANAKKU, DISNEY n dll..aku ni idok le mampu g butik2 yang mahal mcm mothercare ke,Oshkosh ke. Tapi memang harga bajunye mengalahkan baju orang besar la..bayangkan skirt yang cenonet tu harganye RM60++..lom baju lagi..pakainye jap jek. Bagi aku yang xberapa nak kaya ni, membazir beli mahal2 sangat..cukupla sekadar yang mampu..tepuk dada Tanya selera ye x??;)

Minggu ni plak ingat nak cari baju anak aku tu kat Parkson. Dah survey hari tu..harga ok..xmahal la sangat..brand pon not bad gak..jadila daripada xde..

Plan nak beli baju kurung aku & baju melayu suami. Tahun ni kitorang plan nak pakai warna PURPLE~~

KORANG WARNA APE PLAK??

1 comments

Pengalaman BERSALIN~~


Sementara memori aku masih fresh pasal ni, baik aku story..

Semuanya bermula pada pepagi buta 9/5/11 lebih kurang kol 4lebih a.m. camtu..time ngandung aku mmg kerap bangun malam untuk kencing. Kebetulan malam tu aku n suami tido kat ruang tamu. Masa nak bgn g toilet tu aku nampak ada tompokan air kat tempat aku baring.Aku just ignores jek. Tapi rasa pelik gakla ape air yang mengalir kat kaki aku ni.

 So, pas kencing,aku pon masuk dlm bilik. Masa aku berdiri tu terasa air mengalir laju n bertakung gakla air kat tempat aku berdiri tu..dlm atini dh suspek,ni mesti air ketuban. Aku pon terus kejut laki aku yg ngah tido dgn nyenyak tu. Kelam kabut gila dia bgn,tapi yg kelakar,nyempat lagi dia iron seluar dia..huhu~aku call mak aku bgtau mgkin aku nak bersalin n akupon mandi n siap2 nak g hospital. Aku mmg xrasa sakit langsung. Selamba je aku turun tangga.Umah aku flat.xde lift..aku dok tingkat 2..mak aku sampai. Mak aku siap pimpin tangan aku ke kereta..hihi~~pastu muncul la laki aku dengan kelam kabut..terus g hospital.

 Mak aku pergi kemudian. Nasib baik jalan clear je coz baru kol 5a.m. camtu..Masa on the way tu, aku dh start sakit ckit..makin lama makin kuat sakitnye..sampai hospital lbh kurang 5:30am. Daftar, n masuk wad utk periksa bukaan. Bukaan baru 3cm.Katil penuh, so,aku dok katil dalam bilik ape ntah aku xingat..time tu mmg dh start contraction nye..tuhan je yang tau sakitnye..plak tu suami xleh masuk.1jam sekali doctor masuk utk periksa bukaan. Pas bukaan dh 4cm, masa tu dalam kol 11am kot.

Aku di bawa ke dewan bersalin utk stanby. Sebelum tu, aku keluar g jumpa mak aku n suami.Minta maaf semua..nangis2 aku~huhu..Nasib baik dlm dewan bersalin suami leh tunggu. Adala kawan utk aku borak.Tapi xborak pon.Aku dok cbuk mengerang kesakitan.Suami aku tenangkan aku. Tak tahan sangat rasa sakit. Aku minta suami aku panggil nurse utk bagi aku ubat tahan sakit. Lama gak aku tunggu nurse tu nak bagi aku ubat tahan sakit. Pas dia cocok ubat tahan sakit tu kat punggung, xde efek lagsungpon.Cuma rasa lalok je nak tido. Ntah bile aku tertido aku pon xtau. Sedar2 je,nurse kejut utk cek bukaan. Dh 10cm. Nurse panggil doctor utk bersalinkan aku.Sangat berdebar!!!hanya tuhan je yang tau rasa sakitnye.
Masa tu dlm kol 3:30pm..hampir sejam gak aku meneran untuk keluarkan..hampir give up dh aku..kalau korang nak tau, hamper 10org tgk aku beranak ok..malu mmg malu,tp sakit mengatasi segalanya..dlm pikiran aku hanya pk utk keluarkan anak aku ni..dgn sokongan suami kat sisi aku akhirnya aku selamat melahirkan

NUR ADLEENA FAREESYA

jam 4:29pm..alhamdulillah~~

0 comments