Wednesday

Red velvet cake @ Kek Baldu Merah~


Wednesday
Salam..

Penuhnye sawang kat blog aku ni memandangkan tuan tanahnye yang super pemalas nak update. Hehe~~ Lately, mood down abis..

Semalamkan, aku terbaca satu blog citer pasal Red Velvet Cake a.k.a Kek Baldu Merah. Kelas gitu namanye kan? Aku pon meng’google’ la kek tu. Wah!!!nampak seeedddaappp!!! Merahnye menusuk ke kalbu. Aku rasa, kalau tangan aku leh masuk dalam monitor ni kan best, semua benda aku leh rasa. Hahaha~ntah pape~

Katne ek nak dapat kek tu yang sedap & kene ngan tekak aku? Aku adala borak ngan budak satu opis aku pasal kek ni. Dia cakap lain orang, lain rasanye. Erkkk??yeke??
Aku dah jenguk blog2 kegemaran cuci mata aku untuk kek & kuih muih bagai ni. tapi tak taula rasanye camne.

Korang leh suggest aku bakery mana @ sape2 yang wat kek ni sedap & tak terlalu mahal?? Kalau ada, kongsi2la ngan aku..aku tengah mengidam ni…oppppsss!!!
Hehe~~

Jomla layan gambo kek yang lazat katanye. Orang kata la.. Aku tak pernah cuba, so aku tak tau nak menilainye. Yang penting, toppingnye creame cheese.. I luv cheese!!
***patutla isi badan lebih..xngaku gemok konon**haha~

Gambo sumber google
see!!!menggoda kau!!

 
arggghhh~~sedap nampak nye!!


0 comments

IBuFareesya kembali membebel~~


Salam..

Wah!!!!!lamanye xmeng'update' blog aku yang gojes ni...ahahaha~~
Bukan malas, tapi atas beberapa faktor, aku kureng melayari internet. Maka, blog sendiri pon xbukak ler. Thanks kepada semua yang sudi singgah blog aku yang sunyi sepi beberapa arini & tinggalkan komen kat shoutbox. Aku akan jengok blog korang balik k~~

Ok, firstly nak ucapkan TAHNIAH!!TAHNIAH!!TAHNIAHH!!!! kat pemain bola sepak Malaysia yang menjadi juara kat sukan SEA.. Walaupon ucapan aku ni dah belated, tapi aku tetap nak post pasal ni gak coz aku rasa sangat2 puas dapat kalahkan pasukan INDON yang mana penyokongnye super duper biadap. Korang setuju tak ngan aku??hehe~ Eh, aku memang panas ati tengok penyokong diorang. Langsung tak menghormati negara orang lain. Takde semangat kesukanan langsungla. Sekali lagi aku nak cakap aku PUAS dengan kemenangan Malaysia!!!!Malaysia BOLEH!!!! Semalam aku tengok berita pas MAlaysia menang, ada sekumpulan Anti Dopping yang datang kat pasukan Malaysia untuk check air kencing diorang. Tapi di halau oleh Ong Kim Swee. What the hell haa diorang ni????? Padan muka kene halau. Dah kalah buatla cara kalah.. Tak payahla nak suspek pasukan kita guna ape2 drug untuk menang. What everla diorang ni. Janji MAlaysia pasukan terbaik di Asia Tenggara... korang ade???nan adoooo~~hehe~

Nak cakap pasal Fareesya plak.. Sekarang dia sangat agresif, aktif. Mulut kuat membebel. kalau kita bercakap ngan dia, dia akan sahut balik. Seronok main ngan dia~~

Semoga anak ibu jadi budak yang baik, solehah n bijak. Yang paling penting hormat semua orang k sayang!!
Ibu, ayah sayang Fareesya!!!!

2 comments

Saturday

Yeay!!Fareesya dah start Makan~


Saturday
Salam..

Alhamdulillah fareesya dah 6bulan. Maka, bermula sesi makan memakan untuk budak debab yang suka masukkan semua benda dalam mulut dia.

Aku memang tak bagi langsung anak aku tu makan selagi lom cukup 6bulan. Memang adala suara2 yang suruh aku bagi makan sebelum 6 bulan tu. Tapi pendirian aku teguh ok. Hehe~ biarla dia wat muka kesian tahap aku nak menangis kalau tengok, aku tetap tak bagi punye. Soryla fareesya, ibu sayang adik ‘nama panggilan dia’. Kalau ibu tak sayang adik, ibu dah bagi makan nasi ayam sehari pas adik lahir. Bley??merapu jek aku ni.

Aku sibuk meng’google’ pasal bagi makan anak umur berape. Terlalu banyak maklumat yang aku dapat. Aku just highlight mana yang aku betul2 percaya jek.
Bukannye aku ni cerewet, tapi berjaga2 gakla. Sape tak sayang anak kan..
9bulan kau ngandung kan dia, terhuyung hayang membawa dia dalam perut, melahirkan dia, jaga dia. Semua ibu nak yang terbaik untuk anak dia. Mungkin inila yang mak aku rasa masa mengandung, melahirkan, & menjaga aku. Wah….sayang nye aku kat mak aku. Terima kasih mak!!!

Ok, back to the story. Aku dah start bagi fareesya makan bubur + carrot. Aku blender kedua2nye sehalus yang boleh. Alhamdulillah banyak juga dia makan. Satu perasaan yang aku tak dapat nak explain betapa seronoknye bagi anak sendiri makan. Plak tu dia makan dengan bersungguh. Adala dalam 4sudu penuh.

Satu penyakit aku plak ni. Bukan malas nak masak bubur, tapi masa xde. Dengan keadaan kesihatan aku yang xok tiap ari. Aku ada bagi dia nestum beras perang. Eh, lagi banyak plak dia makan. Tapi aku banyak dengar yang tak bagus bagi makan nestum kat baby. Tapikan, kalau tak bagus, nape nestum tu di jual ek? Kenape kerajaan tak haramkan pengeluaran nestum?? Ha, tula yang aku dok pikir.
Leh ke aku bagi anak aku makan nestum ek??
Boleh kan??

Ada tak mumy2 yang bagi makan anak dia nestum? Leh story2 ngan aku.

;-0

0 comments

Friday

11.11.11~~


Friday
Salam..

Wah…mendungnye cuaca kat luar yek. Confirm ujan lebat ni. Alhamdulillah. Rahmat dari Allah..

Arini mesti ramai yang kahwin kan? Maklumla tarikh cantik wei..
11.11.11
Heboh sana sini pasal tarikh ni. termasukla aku yang kepoh pasal tarikh ni kat blog..hehe~

Tapi aku tak excited pon nak pilih tarikh yang cantik2 untuk kawin ke, atau pape jela. Janji semuanye berjalan lancar, dah cukup bersyukur dah.

Pejam celik, dah masuk minggu kedua bulan November. Terlalu pantas masa berlalu. Dan yang paling penting terlalu pantas umur aku meningkat ni. Camno nak buek?

Ntah papela aku membebel. Layan jela ek..
To kengkawan blogger, selamat berhujung minggu~~~
;-)


0 comments

Thursday

Korang Ada MASalah susah mem"BUANG" tak??


Thursday
Salam..

Cuaca mendung jek arini. Camtu gakla atini yang mendung jek since last week.

What everla. Malas nak pikir…huhu~

Korang ada masalah susuh nak biyak tak??***berak la****haha~~ atau bahasa sopan nye buang air beso..

Aku alhamdulillah tak de masalah. Memang pagi petang siang malam membuang jek kejenye…haha~~eh, siyesla ni..xcaya xpe…haha~~

Aku kan, start minum yakult since 2009. Setiap hari satu botol. Setiap hari gak orang yakult akan anta yakult kat opis aku ni ha~~ And bermula detik tu, makin kuatla aku membuang. Sampai sekarang aku masih minum yakult setiap hari. Aku tak beli kat luar. Orang yakult hantar kat opis aku tiap hari. Harga?murah dari luar. Tapi xdela murah manepon. Yang penting, keluaran ter’latest’..incik suami dah start minum yakult since September 2011. Alhamdulillah, tiap hari dia membuang. Sebelum ni seminggu sekali kau!! Dia pelik nape aku tiap kali makan, mesti buang. Dia memang tau aku minum yakult dah lama. Tapi aku xde offer la kat dia untuk minum sama. Pastu dia cilok minum aku punya yakult kalau aku tak sempat atau terlupe nak minum. Dia rasa perubahannye. Pastu aku tengok, selalu jek dia minum yakult aku, aku pon belikanla untuk dia. And now, kami laki bini minum yakult tiap hari. Alhamdulillah, masalah membuang dia tu dah ok. Tiap kali makan mesti membuang..ahahahaha~siyes la ni wei..hihi~~

Eh, ni iklan tak berbayar tau. Aku just nak kongsi jek ape yang aku tau. Kepada sesape yang ada masalah membuang tu, tryla. Manala tau leh solve problem korang tu. Kalau korang tak caya tak pe. Cuba sendiri baru tau yek..peace..;)


0 comments

Saturday

SeLAMAt Hari Raya AidilAdha~~


Saturday
Salam..

Hari ni sure yang masih bekerja dalam mood holiday kan??
Termasukla aku yang dah tak de mood nak keje. Tunggu time balik jek ni. Nasib baik keje halfday jek arini.

Korang semua balik kampung ke?? This year aku balik bandar. Haha~ coz mak aku dok satu taman jek ngan aku. Incik suami ajak balik kampung dia, tapi aku tak nak..jahatnyela aku ni. Aku tak berapa sihatla. Malas nak jalan jauh. Kalau leh aku nak lepak jek atas katil wat taik mata & peta dunia.huhu~~

Tekak ni memanggil2 nak makan masakan ibu tercinta..hihi~ Sorry yek incik suami. Next year is your turn k~~sayang u laju2..huhu~

Ok, kepada yang balik kampung tu, ingatlah orang yang tersayang k.. Hati2 di jalan raya. Tak guna bawa kereta laju2. Kampung tu tak de kaki pon. Dia tak lari ke mana pon...

Di kesempatan ini saya ingin memohon seribu kemaafan di atas segala kesilapan saya semasa membebel kat sini. To readers, jangan amik ati k~~

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~~

Peace..;-)



0 comments

Friday

Pencarian Blog Follower Bawah 500


Friday
Salam..

Semalam MC..tak sihatla lately sebab...............................hehe~

Ok, jom join segmen ni. Nak tambahkan followerla..maklumla follower aku ciput jek. Jeles k tgk follower blogger lain mencecah ribuan..aku??puluhan jek..

Berminat nak join, Klik banner kat bawah ni k~~




4 comments

Wednesday

Jawab Tag dari Cik Awin~~


Wednesday
Salam...

Lupe plak nak post semalam..Dah kene tag ngan Cik Awin..
Jangan Marah naaaa kalau jawapan hepi2 cmni...ok kan???hehehe~~

1.Who is ur crush? (*gelak jahat.....sila letak nama die skali ek)
Si bedol anak Samdol…hehe~~

2.Apa yang korunk x suka tentang body korunk?
Bergentel2 lemak sejati yang menempek kat badan ni haa~

3.Artis Malaysia yang paling korang menyampah?
Perasan famous macam Kelas Kau Jah!!haahha~~


4.Blog yang korunk paling menyampah?
Blog yang penuh ngan bling2 n sewaktu ngan nye. Pening mak jah~hehe~~

5.pEndapat telus tentang blog aku?
Hmmm..blog enjoy tentang life~~

6.gaji korang(*gelak jahat lagi)
Gaji buta jek…hahaha~~

7.Namakn sorang kawan korang yang korunk jeles dgn die and kenapa?
Takde kot sebab semua kawan I jeles ngan i…hahaha~~

8.Bila korunk nak kawin...kalau dah kahwin,and dah ada anak, bila korang nk tambah anak? hahhaa (*budus betol soklan aku)
In progress~~haha~~

9.Aku gemok x? *gelak jahat lagi
Chubby jek~~sedap~~hahahaha~~

10.Perkara yang paling memalukan dalam idop korunk?
Jatuh tertonggeng..


11.Korang suka x aku tag korunk? *gelak...gelak....guling2
Suke2..sambil genggam tangan…hehe~ 

1 comments

Entry Special: LSO contest


Salam..

Haaa..hari ni nak join contest la plak. Rasa dah lama sangat tak join pape contest. So, hari ni masa blogwalking, terjumpa plak contest ni..Jomla korang join. Mana tau menang ke..
 Nak join??klik SINI k~~

So, kat bawah ni pitcure saya yang paling gojes gitew...hahahha~~perasan~~
Ni xde edit pape tau except crop jek~

Amacam??ok tak??hihi~


1 comments

Tuesday

Jessie J - Price Tag ft. B.o.B.~~layan~


Tuesday

0 comments

01.11.2011~


Salam..

Dah November ek??biar betik?? cepat tol masa berlalu..lama gak aku tak membebel2 kat sini. Adala sebab nape aku tak sempat nak membebel kat sini. Aku akan bagitau nanti. Tunggu yek..hihi~~

Diri ini semakin lemah gemalai..hehe~~Tunggu ek..aku akan story bile semua dah confirm…~~***bajet jek ada org nak tunggu story aku..haha~~

0 comments